Tips Mudah Menabung Emas
Nak menabung emas? Tapi emas mana yang nak dipilih? Ada banyak jenis emas yang dijual di pelbagai syarikat dan kedai termasuk bank-bank sampai tak tahu nak pilih yang mana…
- Barang kemas?
- Goldbar atau Jongkong Emas?
- Syiling Dinar Emas?
- Akaun Simpanan Emas?

i. Barang Kemas

ii. Goldbar

iii. Syiling Emas

iv. Akaun Emas
Disini saya ingin membantu anda untuk mulakan tabungan emas dengan betul mengikut kesesuaian. Dapatkan Cara Bermula Buka Akaun Emas>> yang sah dan patuh syariah.
Namun, jika masih ada yang keliru kenapa saya sebut “menabung” dan bukannya “menyimpan” atau “melabur”? Lebih baik saya jelaskan apa maksud “menabung emas”.
Apa Makna “Menabung Emas”?
“Menabung Emas” bermaksud kita menukar sebahagian duit secara konsisten kepada emas, sedikit demi sedikit, hingga terkumpul menjadi aset berharga. Berbeza dengan “simpan” yang kadangkala berlaku sekali sahaja, “menabung” menekankan amalan berulang dan berdisiplin. Ini penting supaya kita tidak berhenti separuh jalan dan akhirnya terlepas peluang membina kekayaan jangka panjang.
Ramai juga bimbang dengan istilah “melabur” kerana bayangan perlukan modal besar atau takut kena tipu. Tetapi dengan menabung emas, kita boleh mula sekecil RM100 sebulan, malah lebih selamat kerana tiada janji pulangan tetap yang mencurigakan. Ia hanyalah proses mengumpul gram demi gram, memastikan nilai simpanan terlindung daripada inflasi dan sentiasa ada “aset fizikal” yang boleh dipegang, dipajak, atau dijual bila perlu.
Jika ada syarikat pelaburan emas atau orang perseorangan yang memberi surat kontrak beli emas dan menawarkan pulangan tetap dan lumayan tanpa memberi jongkong emas atau harga emas terlalu murah, jauhilah mereka kerana berkemungkinan besar kita boleh terjebak dalam “skim cepat kaya” bertopengkan emas.

Berhati-hati dengan Scammer Emas
Scammer biasanya akan memancing mangsa dengan istilah pelaburan emas dengan menayangkan aset emas sambil menunjukkan kereta mewah, rumah besar, siap ada yang tayang jet peribadi yang viral tu lagi (walaupun bukan pasal emas, tetapi ramai yang terpedaya).
Malang sekali, sehingga ke hari ini, masih banyak lagi kedengaran kes-kes penipuan yang bertopengkan emas dengan kerugian mencecah bukan sahaja ratusan-ribu malah jutaan ringgit pun ada! Berikut merupakan 490 senarai pelaburan tipu yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia…
- Raise Sea Trading
- RaiseFX
- Millenium Capital Trading
- 1globalcash
- 1Gold.com.my (www.1gold.com.my)
- … Baca Selanjutnya>>
Turut keluar berita daripada BERNAMA pada 7 Februari 2025, dua warga emas rugi lebih RM5 juta terpedaya skim pelaburan tidak wujud. (Sumber: BERNAMA)

Oleh itu, berhati-hatilah… Jangan terpedaya dengan janji-janji manis dan jaminan pulangan bulan bintang setiap bulan. Itu semua modus operandi biasa digunakan oleh kalangan scammer yang nak memancing orang yang tidak tahu tentang selok-belok pelaburan. Mungkin bulan pertama dan kedua dapat bayaran, masuk bulan seterusnya, pemangsa dengan pejabat-pejabat sekali hilang entah kemana dengan semua duit mangsa-mangsa mereka.
INGAT! Jika nampak satu pelaburan yang memberikan jaminan pulangan yang lumayan dan tak masuk akal, lebih baik angkat kaki lari jauh-jauh. Itu semua “too good to be true” dan hanya tipu daya semata-mata untuk dapatkan duit kita. Sekali lagi, berhati-hatilah…
Jom Mulakan Tabungan Emas Anda
Lindungi simpanan daripada inflasi dan bina aset berharga dengan Public Gold. Nikmati transaksi mudah, jaminan beli balik, dan bajet serendah RM100 sahaja untuk pembelian emas!
Testimoni Penyimpan Emas
Sehingga kini, terdapat lebih 1 juta penyimpan emas yang telah mendapat manfaat hasil daripada menabung emas!
Betul… Pengalaman saya sendiri, susah sangat nak simpan duit .. Semenjak saya dikenalkan dengan Public Gold, saya boleh pulak simpan 50grm emas… Pelik tapi benar.. Auranya lain..
Bermula 2015, saya tekad simpan emas untuk bina dana kecemasan. Macam tak percaya boleh penuhkan dana dengan cepat dan simpan ‘duit’ sebanyak tu. Sebab simpan dalam akaun tak jadi bukit pun, makin lama makin sikit.
Saya mampu kumpul kira-kira setengah kilogram emas. Jika diharapkan kumpul cash, kesukarannya berpuluh kali ganda untuk capai matlamat tu bagi orang macam saya yang ada hobi yang mahal.
Baca lagi manfaat dan kelebihan emas DI SINI>>