Nota Penting:
- Pendapatan yang besar tidak menjamin kekayaan jika tiada ilmu mengurus kewangan.
- Formula terbaik mengurus gaji adalah simpan dahulu dan belanja kemudian.
- Wang kertas mempunyai fitrah mudah bocor dan cenderung untuk dibelanjakan.
- Menukar sebahagian simpanan kepada emas fizikal mampu elak nafsu berbelanja.

Perasan atau tidak masalah kewangan utama masyarakat kita hari ini bukanlah sebab gaji kecil. Masalah sebenar bermula apabila gaji makin besar, tetapi poket tetap kosong setiap hujung bulan.
Kerja bertahun-tahun, naik pangkat dan gaji juga bertambah. Tetapi bila kita cek buku bank, baki simpanan masih berada di takuk yang lama. Kita mula tertekan dan tertanya-tanya ke mana perginya hasil titik peluh kita selama ini. Inilah penyakit kewangan yang dipanggil kebocoran wang. Jika tidak dirawat segera, kita akan menyesal di hari tua.
Kenapa Duit Kertas Mudah Bocor?
Suka saya ingatkan asas yang paling penting. Fitrah duit kertas memang dicipta untuk dibelanjakan. Ia bukan instrumen yang baik untuk simpanan jangka masa panjang.
Bayangkan duit kertas ini seperti air dalam genggaman. Makin kuat kita genggam, makin laju air itu meleleh keluar melepasi celah jari kita. Sebaik sahaja gaji masuk, kita terus diserang dengan pelbagai godaan. Niat asal mahu menabung terbantut bila nampak jualan murah, gajet keluaran baharu, atau ajakan makan di tempat mewah.
Akhirnya, duit yang sepatutnya menjadi perisai masa depan lebur menjadi barang kemahuan semata-mata.
Formula Gagal Berbanding Formula Berjaya
Ramai orang guna formula kewangan yang salah. Mereka dapat gaji, mereka berbelanja dahulu bayar segala komitmen dan kehendak. Kemudian mereka berjanji pada diri sendiri untuk simpan baki gaji di hujung bulan. Hakikatnya, bila tiba hujung bulan, baki yang dijanjikan pun telah habis dibelanjakan. Lebih teruk lagi bila baki dah tiada, hutang pula yang bertambah!
Orang yang bijak kewangan guna kaedah yang berbeza. Mereka amalkan prinsip bayar diri sendiri dahulu.
Sebaik sahaja gaji masuk, perkara pertama yang mereka buat adalah asingkan 10 peratus untuk simpanan masa depan. Jika gaji RM3000, asingkan terus RM300. Lupakan duit RM300 itu. Baki RM2700 barulah diuruskan untuk bayaran komitmen, bil, sewa dan barang dapur. Jika tidak cukup, kurangkan kehendak, bukan kurangkan simpanan.
Kunci Nafsu Boros Dengan Emas
Jika anda masih gagal menabung walaupun sudah paksa diri asingkan duit, ini bermakna anda perlukan brek kecemasan. Brek itu adalah emas.
Tukar wang kertas yang mudah bocor itu kepada emas fizikal melalui akaun Gold Accumulation Program (GAP) yang ditawarkan oleh Public Gold. Berbeza dengan nombor di skrin bank yang mudah ditolak untuk bayaran semberono, emas mempunyai fitrah kekayaan. Makin banyak disimpan, makin banyak nak tambah. Fitrah manusia memang sukakan emas.
Bila kita pegang emas, secara automatik emosi kita akan berubah. Kita rasa sayang untuk jual emas tersebut melainkan untuk perkara yang benar-benar kecemasan seperti hal perubatan atau kelangsungan hidup. Emas berjaya membina benteng psikologi yang menghalang kita daripada berbelanja mengikut nafsu.

Mulakan langkah pertama anda hari ini. Buka akaun emas GAP dan konsisten menabung sekurang-kurangnya RM100 setiap bulan. Jangan tunggu sehingga gaji berbaki kosong baru mula berfikir tentang masa depan. Lindungi titik peluh anda bermula dari sekarang.



