Mengenai Saya – Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua…

Saya Umair seperti yang sudah diterangkan serba sedikit di sebelah kanan blog ini, saya merupakan anak ke-3 daripada 7 orang adik-beradik, 4 lelaki dan 3 perempuan. Seperti dalam gambar diatas, ibubapa saya ada di tengah-tengah. Alhamdulillah, semoga Allah mengurniakan kesihatan yang berterusan dan rezekikan umur yang panjang kepada keluarga kami, amiin…
Saya teruskan mengenai saya, saya masih lagi seorang pelajar dan sekarang sedang mengambil jurusan Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (degree) di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Saya sangat berminat dengan emas sejak ayah saya, Suhaimee Manaf memperkenalkan emas kepada saya pada tahun 2020 kerana saya yakin yang nilai wang kertas akan makin susut pada masa akan datang secara berterusan. Selagi wang kertas digunakan, selagi itulah nilainya akan susut. Bukan di Malaysia sahaja, bahkan seluruh negara mempunyai masalah yang sama.
Pertama kali ayah saya membelikan emas untuk saya sebagai dana pendidikan adalah pada 31 Disember 2015. Saya sendiri melihat dengan mata saya sendiri harga emas yang dibeli oleh ayah saya pada tahun 2015 dahulu hanya sekitar RM145 per gram, dan pada tahun 2020 harganya sudah mencecah melebihi RM200 per gram! Masih ingat lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak COVID-19 pada waktu itu? Harga emas melambung tinggi mencecah RM300 per gram pada tahun yang sama!
Apa yang membuatkan saya bingung lagi ialah harga nasi lemak sambal ayam di kantin sekolah saya juga makin mahal jadinya… Waktu itu saya mula berfikir, “kenapa kita perlukan duit yang lebih banyak untuk beli makanan yang sama?”. Setelah saya membuat beberapa kajian, barulah saya sedar duit yang selama ini kita pakai hanya bernilai atas jaminan kerajaan sahaja tanpa ada nilai sebenar.
Jika nak fikirkan logik, betul juga… Duit itu hanyalah kertas, jika nilai sebenar sehelai kertas itu RM1, jika dibelah dua, mestilah keduanya akan jadi 50 sen dan 50 sen. Tapi hakikatnya tidak begitu. Saya pernah guna duit RM1 yang terbelah dua waktu saya kanak-kanak sebab nak beli gula-gula tapi cashier tu tak terima. Waktu tu saya betul-betul fikir saya sedang pegang duit yang bernilai 50 sen. Tapi kalau emas 1 gram dibelah dua, maka keduanya akan jadi 0.5 gram dan keduanya masih lagi bernilai. Maka terbuktilah duit kertas tiada nilai sebenar tetapi emas ada nilai tersendiri. Logik kan?
Ada juga terbaca kisah dua kali miskin oleh YB Husam Musa yang bapa mertuanya jatuh miskin kali pertama disebabkan Jepun baru menyerang Tanah Melayu, kali keduanya disebabkan berguni-guni duit kertas “Pohon Pisang” yang dikumpul sudah lagi tidak bernilai selepas Jepun menyerah kalah.
Begitu juga matawang dolar Zimbabwe yang mengalami hiper-inflasi pada tahun 2009 dimana nilai matawang mereka jatuh dengan mendadak sehingga kerajaan Zimbabwe terpaksa mengeluarkan wang kertas 1 trilion dolar Zimbabwe. Bayangkan terpaksa keluarkan jutaan ringgit hanya untuk beli sebiji telur…
Oleh sebab itu, saya bertekad menabung emas secara konsisten walaupun dalam jumlah yang sedikit setiap bulan. Asalkan saya ada simpanan yang boleh digunakan jika apa-apa perkara yang tak diingini berlaku keatas matawang negara kita.
Jika anda belum menyimpan, mulalah dari sekarang. Kalau ada simpanan dalam ASB atau Tabung Haji dengan dividen 5%, keluarkanlah sebahagian dan tukarkan kepada bentuk emas atau perak. Kita semua tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
Ringgit Malaysia (RM) juga telah beberapa kali diserang oleh penjahat matawang antarabangsa sehingga pernah sekali nilai matawang Malaysia (RM) jatuh mendadak kira-kira RM6.50 kepada USD1.
Berfikirlah di luar kotak. Cari jalan terbaik untuk elakkan duit hasil titik peluh kita ini daripada “dirompak” oleh inflasi, perompak yang polis pun tak mampu nak tangkap… Mujurlah aset seperti emas dan perak sangat kukuh dan stabil nilainya. Ini adalah satu peluang untuk kita lindungi harta kita.
Oleh itu, saya syorkan kepada anda semua untuk mulakan simpanan emas. Cuma satu perkara lagi, sebelum membeli emas atau perak, pastikan bermula dengan ilmu terlebih dahulu.
Saya sebagai penulis blog UmairSuhaimee.com akan membantu anda membuat pilihan yang terbaik untuk anda bermula menyimpan dan menabung emas dan perak. Mungkin anda tercari-cari platform yang sesuai untuk menabung emas dan mungkin juga ada yang pernah tertipu dengan skim cepat kaya bertopengkan emas atau mana-mana pelaburan lain.
Oleh itu, saya akan berkongsi beberapa tips supaya anda boleh membuat perbandingan sebelum membuat pilihan. Semoga dengan blog ini dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat.
Layari mengenai saya dan platform jual-beli emas terkemuka DI SINI>>