Emas Terbaik di Malaysia: Dinar atau Gold bar?

Kalau kita sembang pasal emas, mesti ramai terbayang barang kemas berkilau, rantai leher yang sarat, atau cincin berhias batu permata. Tapi sebenarnya, pelaburan emas ni jauh lebih luas. Ada goldbar (jongkong emas), dinar emas (syiling emas), barang kemas (emas perhiasan), dan macam-macam lagi. Mana satu paling sesuai untuk kita? Jom kita sama-sama fahamkan.

Koleksi Emas Public Gold, 5 Dinar, 10 gram bungamas goldbar, 20 gram bungamas goldbar.

Kenapa Simpan Emas?

Sebelum kita pilih jenis emas apa yang nak dibeli, lebih elok kita tahu dulu kenapa emas ni jadi tumpuan ramai.

Pertama, emas diiktiraf sebagai “penyimpan nilai” yang baik. Kita dapat lihat harga emas naik dari semasa ke semasa, walaupun ada turun-naik dalam jangka pendek. Inflasi pula sentiasa “mencuri” nilai duit kertas, tapi emas masih kekal bernilai.

Kedua, emas ni senang dicairkan (mudah dijual balik). Hampir di mana-mana pun ada kedai emas atau platform yang boleh beli balik emas kita. Jadi tak perlu risau kalau nak guna duit kecemasan. Public Gold beri jaminan bahawa pelanggan boleh jual balik emas kepada mereka walaupun harga emas melambung tinggi.

Berikut adalah gambar promosi yang Public Gold sebarkan pada 4 Februari 2025 ketika harga emas mencecah harga tertinggi dalam sejarah pada waktu itu…

(Baca DI SINI jika gambar tidak muncul)

Jenis-Jenis Emas yang Popular

1. Goldbar (Jongkong Emas)

Goldbar biasanya berketulenan 999.9 (24K). Ramai suka simpan goldbar sebab harga per gramnya lebih rendah berbanding barang kemas. Spread (susut nilai) pun biasanya lebih kecil, sekitar 6% – 9% jika anda beli dari jenama tertentu seperti Public Gold. Kalau simpan goldbar, sesuai sangat untuk jangka panjang sebab kita tak perlu risau kos upah yang tinggi. Makin besar item goldbar, makin rendah kos upah sebab item kecil macam 1 gram dan 0.5 gram lebih susah nak buat nak dijadikan ceritanya.

Koleksi Keluarga Goldbar Keluaran Public Gold

2. Dinar Emas (Syiling Emas)

Ramai beli barang kemas sebab boleh dipakai dan bergaya. Kalau nak buat koleksi peribadi atau pakai hari raya, barang kemas memang seronok. Cuma dari segi pelaburan, barang kemas ada kos upah dan spread lebih tinggi (boleh mencecah 25% – 40%). Jadi, kalau beli barang kemas semata-mata untuk pelaburan, kita kena tunggu lebih lama sebelum boleh nikmati keuntungan.

Koleksi Keluarga Dinar Keluaran Public Gold

3. Barang Kemas (Emas Perhiasan)

Dinar emas pun lebih kurang macam goldbar, cuma bentuknya bulat dan beratnya diukur dalam dinar (1 dinar = 4.25 gram). Kelebihan dinar, sama juga macam goldbar – kosnya lebih rendah berbanding barang kemas dan senang disimpan. Dari segi pelaburan, tak banyak beza pun dengan goldbar sebab berat lebih kurang sama dan ketulenan pun 999.9 (24K).

gold, bahraini gold, bahrain, jewelry, wealth, worth, orange jewelry, gold, gold, gold, gold, gold, jewelry, jewelry, jewelry, wealth, wealth
Contoh Barang Kemas (Emas Perhiasan)

Kriteria Pilih Emas Terbaik

Selain itu, sebelum beli emas untuk tujuan simpanan atau tabungan jangka masa panjang, kita kena pastikan:

1. Harga Per Gram Rendah

Pastikan harga emas di syarikat atau kedai pilihan anda menawarkan harga terendah di pasaran. Tapi jangan pula terperangkap dengan harga terlampau murah yang tak masuk akal. Bimbang kena tipu dengan scam emas palsu. Pernah juga viral di salah satu platform media sosial yang jual emas 0.001 gram dengan harga RM10, nak cukupkan 1 gram perlukan RM10,000! Sangat tidak masuk akal.

2. Spread Nipis

Spread ni beza antara harga beli dan harga jual. Semakin kecil spread, semakin cepat kita untung kalau harga emas naik. Biasanya dikira dalam bentuk peratusan. Spread emas di Public Gold hanya sekitar 6% – 9% sahaja dan ianya cukup rendah jika nak dibandingkan dengan mana-mana kedai emas.

3. Stok Tiada Had

Kedai emas pilihan kita mestilah dapat sediakan stok yang banyak. Bayangkan harga emas tengah rendah dan ramai pula berebut nak beli emas. Tiba-tiba sampai turn kita emas dah habis stok! Rugi sebab tak dapat beli emas masa harga rendah, rugi sebab tak dapat lindung duit kertas daripada inflasi, rugi sebab simpanan tak jadi nak bertambah. Rugi berlipat kali rugi! (Tapi kalau terjebak dengan skim cepat kaya lebih merugikan)

4. Cawangan Jual Beli Banyak

Nak beli emas, tapi terpaksa berjalan jauh sebab tempat nak beli emas berada jauh dari tempat tinggal. Daripada nak beli emas sebab harga murah kat situ, jadi mahal pula sebab kos perjalanan yang mahal. Tak berbaloi juga!

5. Syarat Jual Balik Tak Cerewet

Sebelum beli emas di sesebuah syarikat, pastikan tahu syarat-syarat jual semula emas kepada mereka. Ada syarikat yang perlu ada resit pembelian untuk jual semula, ada juga yang tak terima jika emas dikeluarkan dari pembalut atau calar sedikit walaupun itu emas keluaran mereka sendiri… Jadi, semak dahulu syaratnya ya!

Sumber: MohdZulkifli.Com

Baca Penuh DI SINI>>

Antara Jenama Emas Popular di Malaysia

(Baca DI SINI jika gambar tidak muncul)

Kalau nak pilih yang paling fleksibel, selalunya Public Gold jadi pilihan sebab mudah nak beli, mudah nak jual, dan patuh syariah. Jika anda berminat nak mulakan simpanan atau tabungan emas di Public Gold, dapatkan Cara Buka Akaun Emas DI SINI>>

Kesimpulan

Kalau anda serius nak simpan emas sebagai pelaburan jangka panjang, boleh mula dengan goldbar atau dinar. Pilih jenama yang dipercayai macam Public Gold. Kalau nak buat koleksi atau suka bergaya, barang kemas pun bagus. Apa pun pilihan, yang penting anda tahu matlamat dan cara urus simpanan emas tu. Tak kira beli apa, simpan emas secara konsisten pasti mendatangkan hasil jangka panjang.

Semoga perkongsian ni membantu anda buat keputusan yang lebih tepat. Kalau ada soalan atau pengalaman nak dikongsi, jangan segan-segan komen ya. Terima kasih kerana sudi baca sampai habis! Semoga bermanfaat.

<<Kembali ke Laman Artikel

<<Kembali ke Laman Utama

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top